Pages

Friday, April 2, 2010

Lamborghini

Lamborghini

Lamborghini

Lamborghini

AJARAN AQIDAH WAHHABIYYAH: SATU PENGAMATAN AWAL DALAM KONTEKS FAHAM ILMU AHLISSUNNAH WALJAMAAH

http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2009/12/13/ajaran-aqidah-wahhabiyyah-satu-pengamatan-awal-dalam-konteks-faham-ilmu-ahlissunnah-waljamaah/
Kertas “Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu Ahlissunnah Waljamaah” ini telah dibentang oleh Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady semasa usrah bulan Disember 2009.
**************
بسم الله الرحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم
AJARAN AQIDAH WAHHABIYYAH: SATU PENGAMATAN AWAL DALAM KONTEKSFAHAM ILMU AHLISSUNNAH WALJAMAAH[1]
OLEH:
MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY[2]
Dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab khususnya yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah. Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar. Kemudian implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.
Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.
Dari buku ‘Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah’ oleh Imam Muhammad Abu Zahrah [3]terdapat beberapa maklumat pokok berkenaan dengannya:
  • Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi).
  • Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.
  • Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.
  • Dalam zaman Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir, antara lainnya.
  • Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul ‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ [4] disebutkan bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh orang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu…demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …”[5].
  • Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara  golongan Wahhabi dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz. Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam proses itu, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim.
  • Dalam ‘Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan `Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ‘Isa, tetapi’ menyembah manusia (yad’una unasan):
، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:” ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم”.”وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام  “
  • Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir, musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal, atau lebih sesat lagi daripada itu. Kata beliau: ‘Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka. Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w. Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”. [6]
  • (Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertawassul dengan mereka). (ini ada dalam hadith sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekalian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu).[7]
  • Dalam hubungan dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bila wakil kerajaan ‘Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (‘al-hudnah wa al-sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:
، جاء فيها:” وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة … وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم
  • Ada dalam surat [yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali…Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa’la: “Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah:137). [8]
  • Berlakulah penentangan terhadap ‘Uthmaniyyah itu, sehingga akhirnya, dengan mereka menolong British dan Perancis, jatuhlah kerajaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu. Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissunnah yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.[9]
  • Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah [10] bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ‘bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah).
  • Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid`ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin[11].
  • Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar (anna ‘ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna [12].
  • “Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.
  • Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ‘pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.
  • Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini di situlah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan.
Beberapa Unsur Wahhabiyyah:
Di bawah ini diperturunkan beberapa unsur Wahhabiyyah, yang bermula dengan ajaran Syaikh Muhammad ’Abd al-Wahhab yang berasal dari Najd, berdasarkan kepada teks-teks dari kalangan mereka yang berpegang kepada ajaran itu.
Untuk mendapat pendirian Wahhabiah atau ajaran Muhammad bin ’Abd al-Wahhab, maka tepat sekali kalau diambil data-data tentang pendiriannya daripada sumber-sumbernya yang ’primary’ supaya adil.
Antara buku-buku itu ialah:
  1. ‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab
  2. Kitab al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab
  3. ‘Solah al-nabi’ oleh al-Albani
  4. al-Khojandi al-Ma’sumi ‘Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-Arba’ah’;
  5. al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah
  6. Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa Inggeris
  7. al-Zahawi Arab dan Inggeris
  8. ‘Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr
  9. ‘Tarikh Najdin’ oleh ibn Ghannam dll.
  10. ‘Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad bin Ahmad Bashmil, yang mewakili golongan ini, ada dalam internet.
Unsur-unsur ajarannya adalah antaranya seperti berikut:
1. Tafsiran tentang syahadah yang tidak ada dalam ijma Ahl al-Sunnah:
Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’. Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh [13]:
)ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع(
Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan syahadah) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi, misalnya dalam jihad), dan hisab tentangnya adalah terletak pada Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak (juga menyelamatnya dengan) mengetahui maknanya berserta dengan lafaznya, bahkan (tidak juga selamat harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu (iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak (juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu (yang empat perkara sebelum ini iaitu) kufur terhadap apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan darahnya.
Maka alangkah hebat dan agungnya masaalah ini, alangkah menerangkan dan menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang sebegitu nyata itu).
Huraian berkenaan dengan syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam Ahlissunnah wal-Jamaah.
Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu selamat harta dan nyawanya. Ini antaranya jelas daripada hadith sahih yang bermaksud “Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka nyawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang mereka adalah terpulang kepada Allah’. Sebab itu dalam masa jihad Nabi s.a.w. bila terdengar ada azan disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi pergi ke situ. Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan sahabat membunuh orang yang mengucap syahadah, Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda membelah dadanya? Anda membelah dadanya? …’. Mungkin tafsiran secara beginilah yang menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan Barat. Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa billahil-‘aliyyil azim.
2. Adam syirik
Adam syirik dalam ketaatan; ini adalah bercanggah dengan ijma’ Ahlissunnah tentang maksumnya para nabi s.a.a. Dalam Kitab al-Tauhid’ yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas (Kitab al-Tawhid, dalam koleksi al-Jami’ al-Farid, keluaran Dar al-Isfahani li’t-Tiba‘ah, 1393H, Jeddah, m.s. 182) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat 190 Surah al-A’raf yang bermaksud “Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah tentang anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu…”.
Ayat dalam kitab itu demikian: [14] disebutkan bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan Hawwa), katanya: Aku sahabat kamu berdua yang mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat kepadaku…’ kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka dua kali anak yang dikandung itu keluar mati; bila ia mengandung kali yang ketiga, maka Iblis datang maka takut anak itu mati iapun menamakan anaknya ‘Abd al-harith; kemudian dikatakan dalam riwayat itu, ‘shuraka’ fi ta’atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik dalam ibadat kepadanya’ (shuraka’ fi ta’atihi wa lam yakun fi ‘ibaditihi).[15]
Dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan: riwayat ini ialah dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh dijadikan sandaran. (Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu yang disuruh oleh Qur’an kita bertanya kepadanya, sebagai ahli hadith dan ahli tafsir, tentulah kita memilih ibn Kathir, yang diakui dalam Ahl al-Sunnah, bukannya pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti ini.
(وَهَذِهِ الْآثَار يَظْهَر عَلَيْهَا وَاَللَّه أَعْلَم أَنَّهَا مِنْ آثَار أَهْل الْكِتَاب وَقَدْ صَحَّ الْحَدِيث عَنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ” إِذَا حَدَّثَكُمْ أَهْل الْكِتَاب فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ” ثُمَّ أَخْبَارهمْ عَلَى ثَلَاثَة أَقْسَام فَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا صِحَّته بِمَا دَلَّ عَلَيْهِ الدَّلِيل مِنْ كِتَاب اللَّه أَوْ سُنَّة رَسُوله وَمِنْهَا مَا عَلِمْنَا كَذِبه بِمَا دَلَّ عَلَى خِلَافه مِنْ الْكِتَاب وَالسُّنَّة أَيْضًا وَمِنْهَا مَا هُوَ مَسْكُوت عَنْهُ فَهُوَ الْمَأْذُون فِي رِوَايَته [16)
Tidak patut ada riwayat seperti ini dalam ‘kitab tauhid’. Subhana’llah. Ini bercanggah dengan pegangan Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi hendak dikatakan ia ‘syirik dalam taat’ kepada Iblis.
3. Al-Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta syafaat kepada nabi Hari Kiamat
Pada Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik kerana minta tolong nabi memberi syafaat kepadanya:
Ini ada dalam ‘al-Burdah’nya dalam bait yang bermaksud:[17] katanya:
قوله صلى الله عليه وسلم:أجعلتنى لله أندادا ؟ فكيف   بمن قال ما لى من ألوذ  به سواك والبيتين بعده )
Sabda Baginda s.a.w. Adakah anda menjadikan aku saingan bagi Allah? (tentulah sahabat tidak menjadikan Nabi saingan bagi Allah dengan terkeluar daripada mulutnya ‘Apa yang dikehendaki Allah dan apa yang dikehendaki oleh Muhammad’; (kemudian kata pengarang kitab tauhid itu) ’Maka bagaimanakah pula dengan (al-Busiri pengarang ‘al-Burdah’ yang menyatakan ‘bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada engkau’ dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang bencana terkena atas semua tanpa kecuali)?
Di sini ada tuduhan kepada pengarang ‘al-Burdah’ –Allah memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu (sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih, hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan akidah Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi dalam doa. Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut ‘ayyuhannabi’ , wahai nabi, seolah-olah ia ‘ada’ hampir dengan kita.
4. Mengikut mazhab syirik kafir
Ini bercanggah dengan ijma’ dalam Ahlissunnah, yakni orang awam wajib mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada ayat Qur’an yang bermaksud ”Hendaklah kamu bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak mengetahui”. Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid.
Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan Kristian (nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Ini ada dalam kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab Mu’ayyanin Minal-Madhahib al-Arba’ah?’ karangan al-Khojandi al-Ma’sumi, yang menyatakan[18]:
(قال  الشيخ تقى الدين بن تيميه : من أوجب تقليد امام  بعينه استتيب والا قتل لان  هذا الايجاب اشراك بالله فى التشريع الذى هو من  خصائص الربوبية)
Kata Syaikh Taqi al-Din bin Taimiyyah: Sesiapa yang mewajibkan taklid kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam Syafie, di Malaysia) maka hendaklah disuruh ia bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang difaham dalam Ahl al-Sunnah nisbah bagi orang bukan mujtahid adalah syirik terhadap Allah dalam tashri’ yang ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah bagi Tuhan) (hal.55). Sudah tentu fahaman seperti ini tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma’ Ahl al-Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid. Kalau orang mujtahid haram ia mengikut orang lain.
Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada dalam Ahlissunnah, mengingatkan kita kepada maklumat bahawa pengarang ‘Kitab Tauhid’ yang disebut di atas (Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab) , yang menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma’sumi ini menyatakan (muka 464); (ertinya): Keadaan berubah (sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal, dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian perubahlah hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain daripada Allah orang yang bukan dalam kalangan solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah:
تغيّر الأحوال إلى هذه الغاية، حتى صار عند الأكثرعبادة الرهبان هي أفضل الأعمال، وتسمى الولاية، وعبادة الأحبار هي العلم والفقه ثم تغيرت الحال إلى أن عبد من دون الله من ليس من الصالحين، وعبد بالمعنى الثاني من هو من الجاهلين
Fahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak hairanlah orang seperti Nasir al-Din al-Albani dalam kitab ‘Solah al-Nabi’ menyerang pengikut mazhab dan mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya, dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’ sembahyang dalam mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’, itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-Khojandi al-Ma’sumi. Subhana’Llah. Cara berfikir dan memahami agama yang menyalahi ijma’ seperti ini janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini. Kalau ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini.
Tentang wajib mengikut imam mazhab ini menjadi pegangan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah sebagaimana yang disebutkan oleh al-Munawi rh dalam Syarah al-jami’ al-Saghir[19]: katanya:
ويجب علينا أن نعتقد أن الأئمة الأربعة والسفيانين والأوزاعي وداود الظاهري وإسحاق بن راهويه وسائر الأئمة على هدى ولا التفات لمن تكلم فيهم بما هم بريئون منه والصحيح وفاقاً للجمهور أن المصيب في الفروع واحد ولله تعالى فيما حكم عليه أمارة وأن المجتهد كلف بإصابته وأن مخطئه لا يأثم بل يؤجر فمن أصاب فله أجران ومن أخطأ فأجر، نعم إن قصر المجتهد أثم اتفاقاً وعلى غير المجتهد أن يقلد مذهباً ..فيمتنع تقليد غير الأربعة في القضاء والافتاء لأن المذاهب الأربعة انتشرت وتحررت حتى ظهر تقييد مطلقها وتخصيص عامها بخلاف غيرهم لانقراض اتباعهم وقد نقل الإمام الرازي رحمه الله تعالى إجماع المحققين على منع العوام من تقليد أعيان الصحابة وأكابرهم انتهى‏.‏
Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan yang dua itu (Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-Thauri), Auza’I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang benar di jalan Allah) dan tidak diberikan perhatian kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu; yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah kepada Allah tentang apa yang dihukumkan atasnya sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha mencari kebenaran dan orang yang tersilap [kalau ia mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir [dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang tertentu (seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam Ahl a-Sunnah wa al-Jama’ah); maka terlarang mengikut yang lain daripada mazhab empat dalam membuat keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan perkara mutlaknya, dan perkara-perkara yang bersifat am daripada yang khususnya, lain halnya dengan [aliran yang] selain daripada [aliran] mereka kerana para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-Din al-Razi (mujaddid abad ke 7 Hijrah itu) menyebutkan bahawa telah ijma’ ulama muhakkikin bahawa orang awam tertegah daripada mengikut peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan para pemimpin besar mereka [kerana orang awam tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnya-uem].
Dalam hubungan dengan ulama tasauf pula, jelas ahli tasauf yang ditentang oleh golongan ini adalah golongan Ahl a-Sunnah wa al-jama’ah yang sangat dihormati sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh dalam ‘al-Farq bain al-Firaq’ sebagaimana yang tersebut dalam makalah penulis ini berkenaan dengan golongan-golongan mukminin dalam Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah.
Dasar mengikut ulama fiqh, atau mujtahid dalam fiqh ialah mengikut keilmuan yang muktabar (‘following qualified scholarship’), bukan menyembah ulama fiqh, dan mengikut ajaran saufi atau memuliakan mereka, meminta doa kepada Tuhan dengan menyebut keberkatan bukan menyembah mereka. Itu tidak sama dengan penyembah berhala. Menyembah berhala ialah perbuatan mnenjadikan berhala sebagai objek penyembahan, adapun meminta doa secara bertawassul itu ialah berdoa kepada Tuhan, tetapi dengan menyebut kedudukan seseorang yang mulia di sisiNya; dengan itu doa termakbul. Yang disembah ialah Allah, bukan orang mati atau kubur.
5. Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma’ Sunni.
Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut:
روى البخاري  عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:{ إن الشمس ‏تدنو يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينا هم كذلك استغاثوا بآدم ثم ‏بموسى ثم بمحمد}, والتوسل والاستغاثة بمعنى واحد كما قال الحافظ اللغوي تقي الدين ‏السبكي الذي قال فيه السيوطي إنه حافظ مجتهد لغوي فقيه أصولي نحوي متكلم. ‏
Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla’lahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke tahap separuh telinga [manusia], maka mereka meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam, kemudian dengan Musa, kemudian dengan Muhammad). Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi Taqiyuddin al-Subki, yang berkenaan dengan itu dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi faqih usuli nahwi mutakallim)[20] .
Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati. Dalam hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh golongan Wahhabiyyah ini ini terdapat nasnya dalam hadith Nabi s.a.w.
Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal dunia ialah seperti berikut:
Diriwayatkan dalam hadith ibn Majah, dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa’id al-Khudri rd katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: ‘Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa katanya: ”Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar ini bukan dengan main-main, dengan sombong atau menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada murka Engkau dan untuk mendapat keredaan Engkau. Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba, kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa melainkan Engkau. ‘Allah akan memandang kepadanya dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat akan memohon ampun untuknya’. (Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad (3.21), ibn Majah (Masajid), al-Mundhiri in al-Targhib (1:179), ibn Khuzayma dalam Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym.
Ghazali menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith hasan. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia lemah. Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-masriyya (#54) dan takhrij kitab Nawawi, menyatakan bahawa yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah).
Dengan cara ini Nabi s.a.w. membuat tawassul bila ia bersabda ‘hamba memohon dengan hak mereka yang meminta kepada Engkau’ iaitu dengan setiap orang yang beriman. Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh para Sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan tawassul demikian. Generasi salaf as-soleh dalam umat ini dalam kalangan para Tabi’in selepas Sahabat dan Tabit-tabi’in mengamalkan doa ini bila mereka keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang menolaknya.
Kemudian ada lagi riwayat berkenaan dengan amalan ini. Riwayatnya ialah seperti berikut: Bila nabi s.a.w. berdoa, dari riwayat Anas bin Malik: ‘Wahai Tuhan, ampunkanlah bondaku, Fatimah binti Asad, dan perluaskanlah tempat yang ditujunya itu (kuburnya), dengan hak Nabi Engkau dan nabi-nabi yang datang sebelumku’ demikian seterusnya sehingga alkhir hadith itu. Tabarani meriwayatkannya dalam al-Kabir. Ibn Hibban dan al-Hakim menyatakan ianya sahih. ‘Fatimah” ini ialah bonda Saidina ’Ali rd, yang memelihara nabi s.a.w. Ibn Abi Shaiba meriwayatkan laporan yang sama; demikian juga riwayat yang ada pada ibn ’Abd al-Barr dari ibn ’Abbas, dan Abu Nu’aim pula dalam Hilyahnya dari Anas bin Malik, sebagaimana Hafiz al-Suyuti menyebutnya dalam Jami’ al-Kabir. (Haithami menyebut dalam ’majma’ az-Zawa’id’nya ’Sanad Tabarani ada mengandungi nama Rawh bin Salah yang ada sedikit sebanyak kelemahan, tetapi ibn Hibban dan al-Hakim menyebutnya sebagai periwayat yang boleh dipercayai. Orang-orang lain dari kalangan para periwayat adalah orang-orang yang sahih hadithnya.
Kemudian sebagaimana yang ada dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’i, al-Baihaqi dan al-Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu dengan baginda s.a.w. katanya: ‘Dokanlah kepada Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini.’ Nabi s.a.w. bersabda: ‘kalau engkau mahu saya akan berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya engkau celik]. Kemudian baginda berdoa untuk orang itu dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat. Wahai Muhammad, hamba meminta kepada Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah syafaatnya untuk hamba ini.’
Kemudian orang itu kembali pulang dan matanya celik boleh melihat. Al-Bukhari meriwayat hadith ini dalam Tarikhnya. Ibn Majah, dan al-Hakim dalam ’al-Mustadrak’nya menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam ’al-Jami’ al-Kabir’ dan ’al-Saghir’ menyebutnya. Maka tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi s.a.w. menyuruh orang buta itu berdoa dan menyebutnya, dan memohon kepada Allah dengan menyebut namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya. Kalau orang yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir nabi s.a.w. tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian .
Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi’in –Allah meredai mereka semuanya- untuk menunaikan hajat mereka. At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan ‘Uthman bin ‘Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada ‘Uthman bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ‘Pergilah mengambil  wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan berdoa begini: ‘wahai Tuhan, hamba meminta Engkau dan menumpukan diriku kepadamu dengan menyebut NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan hajat hamba’. Kemudian sebutkan hajat engkau’
Doa itu:
(‏اللهم إني أسألك وأتَوجّه إليك بنبِيّنا محمد نبيّ الرحمة، يا محمّدُ إني أتَوجهُ بكَ إلى ‏ربّي في حاجتي لتُقضَى لي)
Maka orang itu pun pergi dan ia lakukan benar-benar mengikut apa yang diberitahu kepadanya itu, dan kemudian ia pergi ke pintu kediaman ‘Uthman bin ’Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya, memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan ‘Uthman, dan menyuruhnya duduk dengannya. ‘Uthman berkata: ‘Beritahu kepada saya apa keperluan anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya: ‘Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki itu keluar dari situ ia bertemu dengan ‘Uthman bin Hunaif, katanya: ‘Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif berkata: ‘Demi Allah, saya tidak bercakap dengan baginda, tetapi saya melihat Rasulullah s.a.w. bila orang buta datang bertemu dengannya dan merayu berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat’.[21]Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar baginda sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya ialah darjat syuhada’ yang Allah sebutkan bahawa mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi Tuhan.
Dalil boleh bertawassul secara ringkas?
اذكر دليلاً على جواز التوسل؟
من الأدلّةِ على جواز التوسل الحديثُ الذي رواهُ الطبرانيُّ وصحَّحَهُ والذي فيه أن الرسولَ صلى الله عليه وسلم عَلَّم الأعمى أن يتوسل به فذهَبَ فتوسل به في حالة غيبته وعادَ إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكانَ مما علّمَهُ رسولُ الله أن يقول: “اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي”.[22]
Soalan; Apakah dalil yang menunjukkan boleh bertawassul dengan nabi selepas wafatnya?
Jawab:
ما هو الحديث الذي يدل على جواز التوسل بغير الحي الحاضر؟
Apakah hadith yang menunjukkan harus bertawassul dengan selain daripada orang yang hidup yang sedang hadhir?
التوسل بالأنبياء والأولياء جائز في حال حضرتهم وفي حال غيبتهم، ومناداتهم جائزة في حال غيبتهم وفي حال حضرتهم كما دل على ذلك الأدلة الشرعية.
Tawassul dengan para nabi dan auliya’ adalah harus dalam masa mereka ada hadir [masih hidup] dan dalam masa mereka tidak ada [masa mereka sudah meninggal dunia], dan menyerukan mereka harus dalam masa mereka tidak ada [meninggal dunia] dan dalam masa mereka hadhir [masih hidup] sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil-dalil Syara’.
ومن الأدلة على جواز التوسل الحديث الذي رواه الطبراني وصححه والذي فيه أن الرسول صلى الله عليه وسلم علم الأعمى أن يتوسل به فذهب فتوسل به في حالة غيبته وعاد إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكان مما علمه رسول الله أن يقول: “اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي”.
فبهذا الحديث بطل زعمهم أنه لا يجوز التوسل إلا بالحي الحاضر، لأن هذا الأعمى لم يكن حاضرا في المجلس حين توسل برسول الله بدليل أن راوي الحديث عثمان بن حنيف قال لما روى حديث الأعمى: “فوالله ما تفرقنا ولا طال بنا المجلس حتى دخل علينا الرجل وقد أَبصر”.
فمن قوله: “حتى دخل علينا”، علمنا أن هذا الرجل لم يكن حاضرا في المجلس حين توسل برسول الله.
Antara dalil-dalil harus bertawassul itu ialah hadith at-Tabarani yang disahihkannya, dan erti yang ada dalamnya, ialah bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada seorang buta supaya bertawassul dengan Baginda, maka orang itu pergi, kemudian bertawassul dengannya dalam masa baginda tidak ada, dan kemudian ia datang ke majlis Nabi [kembali] pada hal ia sudah boleh melihat [butanya sudah sembuh selepas ia bertawassul dengan Nabi s.a.w.]; apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepadanya ialah doa
)”اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي (ويسمي حاجته) لتقضى لي” (
Maka dengan hadith ini menjadi terbatallah dakwaan mereka yang mengatakan tidak harus bertawassul melainkan dengan orang yang hidup dan hadir [dalam majlis tawassul itu], kerana orang buta itu tidak ada hadir dalam majlis bila bertawassul dengan Nabi s.a.w. dengan dalil bahawa periwayat hadith ‘Uthman bin Hunaif berkata, bila ia meriwayatkan hadith tentang orang buta itu: ‘Demi Allah kami tidak berpisah dan tidak lama dengan kami majlis itu sehingga datang orang buta itu walhal ia boleh melihat [mata butanya sudah sembuh]’. Maka dari kata-katanya ‘sehingga ia datang kepada kami’ kita mengetahuilah bahawa orang ini tidak hadhir dalam majlis bila ia bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.
ما الدليل على جواز التوسل برسول الله بعد وفاته؟
Apakah dalil yang menunjukkan harus bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. selepas wafatnya?
الدليل على جواز التوسل برسول الله بعد وفاته فيؤخذ أيضا من حديث عثمان بن حنيف الذي رواه الطبراني وصححه فإن فيه أنه علم رجلا هذا الدعاء الذي فيه توسل برسول الله لأنه كان له حاجة عند سيدنا عثمان بن عفان في خلافته وما كان يتيسر له الاجتماع به حتى قرأ هذا الدعاء، فتيسر أمره بسرعة وقضى له سيدنا عثمان بن عفان حاجته.
Dalil tentang harus bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. selepas wafatnya ialah diambil juga daripada hadith ‘Uthman bin Hunaif yang diriwayatkan oleh al-Tabarani, yang disahihkannya; maka di dalamnya didapati bahawa baginda mengajarkan kepada seorang lelaki doa itu yang ia bertawassul Rasulullah s.a.w., kerana ia ada keperluan dengan saidina ‘Uthman bin ‘Affan dalam masa baginda memegang jawatan khalifah, dan apa yang yang mudah baginya untuk bertemu dengannya, hatta ia membaca doa ini, maka urusannya dengan segera ditunaikan oleh khalifah ‘Uthman bin ‘Affan.
Kalau orang kata: istighathah kepada Rasul selepas wafatnya syirik apa jawabnya?
الرد على قولهم  “إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاته شرك” ؟
رَوى البيهقي بإسناد صَحِيح عن مالك الدار وكانَ خازن عمر قالَ: أصاب الناس قحط في زمان عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فَإنَّهُم قَدْ هلكوا فأتي الرجل في المنام فقِيْلَ لَهُ: أقرىء عمر السلام وأخبره أنهم يسقون، وقُلْ لَهُ: عليك الكيس الكيس. فأَتَى الرجل عمر فأَخْبرَهُ، فَبكَى عمر وقَالَ: يا رَبّ مَا ءَالُو إلا مَا عَجَزْتُ. وقَد جاءَ في تَفْسِيرِ هذَا الرجل أنّهُ بلال بن الحارث المزني الصحابي. فما حصل من هذا الصحابي استغاثة وتوسل. وبهذا الأثر يبطل أيضًا قول الوهابية إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاته شرك[23]
Menolak dakwaan mereka yang berpendapat meminta pertolongan kepada Rasulullah s.a.w. selepas wafat baginda adalah perbuatan syirik.
Diriwayatkan daripada al-Baihaqi dengan sandaran yang sohih, dari Malik al-Dar, beliau adalah penjaga perbendahraan Khalifah ‘Umar, katanya: Berlaku kelaparan atas orang ramai zaman ‘Umar, maka datang seorang lelaki kepada makam nabi s.a.w., katanya: Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan untuk umat tuanhamba, sekarang mereka dalam kebinasaan, maka lelaki itu didatangi [orang] masa tidurnya [dalam mimpi], dikatakan oleh orang itu ‘Berilah salam kepada sayidina ‘Umar, dan beritahu kepadanya bahawa orang ramai akan diberi air, katakan kepadanya ‘Hendaklah tuanhamba bijaksana, hendaklah tuanhamba bijaksana; lelaki itu datang kepada ’Umar dan memberitahu kepadanya [tentang apa yang berlaku berkenaan dengannya datang ke makam Nabi, kemudian mendapat mimpi yang demikian itu], lalu ’Umar menangis, katanya: ‘wahai Tuhan, mereka [orang ramai] itu tidaklah mendapat susah melainkan kerana aku lemah; maka datang dalam huraian [berkenaan dengan hadith berkenaan] bahawa orang lelaki [yang dimaksudkan dalam riwayat hadith itu] ialah Bilal bin al-harith al-Muzani seorang sahabat; maka apa yang terhasil daripada sahabat ini ialah istighathah dan tawassul. Dengan athar ini maka terbatal juga pendapat Wahhabi yang mengatakan bahawa istighathah dengan rasulullah s.a.w. selepas wafatnya adalah perbuatan syirik.
6. Syafaat syirik
Syirik minta syafaat adalah fahaman yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah. Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadith yang sohih. Antara pendapat Wahhabiah yang bercanggah dengan Ahlissunnah juga ialah:
7. Syirik kecil tak terpisah daripada syirik besar
Bercanggahan dengan ijma’ syirik kecil itu sebahagian yang tidak terpisah daripada syirik besar, yang membawa kepada menghalalkan darah orang yang terlibat di dalamnya;
8. Tauhid ulama ahl al-sunnah dituduh sebagai salah.
Ini menyalahi ijma’ atau tuduhan bahawa kefahaman ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya salah; Muhammad ‘Abd al-Wahhab dan mereka yang mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian tauhid kepada tiga, tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wassifat)[24] membahagikan tauhid kepada tiga itu adalah perkara yang tidak ada dalam Ahlissunnah waljamaah: ia tidak ada dalam Qur’an, hadith, tidak ada dalam kalangan sahabat, tabi’in, tabi’it-tabi’in, demikian seterusnya (tidak ada dalam kalangan generasi Salaf); ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh abad umat Islam bertauhid dengan tauhid yang difahamkan itu, tanpa membahagikannya kepada tiga.
Akibat daripada pembahagian kepada tiga itu timbul sangkaan (yang tidak ada alasan dalam sistem peristilahan dan makna pengetahuan Ahlissunnah) bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi; hanya tidak bertauhid dengan tauhid uluhiyyah kerana tidak taat kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka Orang Islam yang mengakui Tuhan Esa dan tidak beramal dengan baik agamanya ia hanya bertauhid dengan tauhid rububiyyah, sama dengan penyembah berhala juga yang bertauhid dengan tauhid rububiyyah sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang Islam yang bertawassul dan meminta berkat di kubur para wali adalah sama dalam bertauhid dengan tauhid rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi penyembah berhala; hukum atasnya adalah hukum penyembah berhala; maka halallah darah dan hartanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Mana mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid dengan tauhid rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid dalam apa-apa pengertian dan segi sekalipun sebab ia musyrik penyembah berhala. Bagaimanakah sistem peristilahan Syara’ ini menjadi kacau seolah-olah dipermain-mainkan sampai penyembah berhala pun dikatakan ada bertauhid? Ini tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu teologi Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-nas yang diterima oleh Ahlissunnah. Dengan itu konsep pembahagian tauhid kepada tiga ini mesti disemak kembali. Ini kerana beberapa sebab: sebab tidak ada dalil dan nas yang diterima dalam Ahlissunnah; ia bercanggah dengan tauhid Ahlissunnah waljamaah yang dihuraikan secara definitif oleh Imam Ash’ari dan al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka; satu laginya sebab ia membolehkan orang menyamakan orang yang beriman yang beramal dengan bertawassul dan meminta berkat di kubur solihin dengan penyembah-penyembah berhala dan mengenakan hukum penyembah berhala ke atas mereka; dan sudah tentu inilah tauhid yang memusnahkan kerajaan ‘Uthmaniah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman moden. Kita mesti kembali kepada tauhid mainstream yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah dan mencelakakan. Nau’dhu billahi min dhalik.
(Dalam ayat yang digunakan untuk membuktikan yang golongan musyrikin itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah terdapat kenyataan daripada Tuhan sendiri yang golongan itu pembohong dan kafir-
ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى إن الله يحكم بينهم في ما هم فيه يختلفون إن الله لا يهدي من هو كاذب كفار ) (الزمر 3 )
Allah memberi gambaran yang mereka adalah ‘kadhibun kaffar’ –bohong dan terlalu amat kafir sekali. Bagaimanakah ayat ini boleh digunakan untuk memanggil mereka itu ‘bertauhid dengan tauhid rububiyyah’ sebab mereka adalah penyembah berhala; penyembah berhala tidak mungkin bertauhid dengan apa-apa kategori tauhid sekalipun sebab mereka musyrikin. Subhana’Llah.
Ayat yang digunakan untuk memberi dalil bahawa penyembah berhala ikhlas dalam tauhid dengan tauhid rububiyyah itu pun dalil yang tersilap sebab ayat itu bermaksud: ‘Dan bila mereka menaiki kapal pergi ke laut [maka bila terlihat ombak yang dahsyat] mereka menyeru kepada Tuhan dengan ikhlas dalam agama bagiNya, tetapi kemudiannya bila Kami menyelamatkan mereka ke darat mereka kembali mengamalkan amalan syirik mereka’[25]. Ayat ini ayat yang bersifat sebagai ejekan kepada mereka bukannya positif menyebut mereka ikhlas itu; dan keikhlasan itupun para rupa lahir sahaja bukan hakiki, sebab kalau ikhlas yang hakiki Syaitan tidak ada kuasa atas mereka. Adapun mereka ini bukan sahaja Syaitan ada kuasa atas mereka bahkan mereka itu menjadi penyembah berhala, dosa terbesar dalam agama. Ertinya mereka membaca nas bukan mengikut kaedah dan penafsiran yang betul
9. Abu Jahal lebih tahu hal la ilaha illallah daripada ulama Islam vs ijma’ atau Abu Jahal lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada ulama Islam;
Banding dengan apa yang diterangkan dalam kitab ‘Kaifa Nafham al-tauhid’ oleh Muhammad Ahmad Bashmil yang mengambil pendirian tentang Abu Jahal dan Abu Lahab ikhlas dalam tauhid rububiyyah mereka. Banding pula dengan kenyataan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab yang membuat kenyataan bahawa para sahabat yang bersama-sama dengan baginda dalam ghazwah menentang kerajaan Rom menjadi kafir kerana kalimat yang mereka ucapkan dalam gurauan dan secara bermain-main
…أن بعض الصحابة الذين غزوا الروم مع رسول الله صلى الله عليه وسلم كفروا بسبب كلمة  قالوها على وجه المزح والعب…
bagi menerangkan maksud ayat 66 surah al-Taubah dan ayat 106 surah al-Nahl[26], walhal cara menafsir ayat-ayat itu tidak demikian dalam tafsir-tafsir muktabar Ahlissunnah.
10. Syirik bermula di muka bumi dengan perbuatan ahli agama vs ijma’
Tuduhan bahawa kesyirikan di muka bumi bermula dengan perbuatan ahli ilmu dan agama, kerana mereka cinta kepada para wali; ini timbul daripada sangkaan yang salah bahawa mengikut ulama adalah menyembah mereka, oleh itu syirik dan kufur. Na’udhu billahi kin dhalik.
11. Kufar lebih tahu hal kufr mereka daripada orang beriman
Ini bercanggah dengan ijma’ atau tuduhan bahawa para kufar yang mengetahui tentang kekufuran mereka adalah lebih baik terbimbing daripada orang-orang yang beriman -inna’l-kuffara ‘lladhina ya’rifuna kufran ahda sabilan minal-mu’minin
12.  Qadi al-qudah seperti shah an-shah vs ijma’ atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” – kadhi dari sekelian kadhi – sama dengan “Syahin-syah- raja sekelian raja” (yang membawa kepada menghukumkan orang yang berkenaan kafir)
13. Allah ada dua tangan dan seterusnya
Allah ada dua tangan dan seterusnya yang bercanggah dengan ijma’ kerana menafsir ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat secara literal sampai membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t. mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang langit dan yang satu lagi memegang bumi.”
14. Sifat dua puluh bid’ah?
Ini berkaitan dengan persoalan di bawah. Ajaran Ahlissunnah berkenaan dengan dua puluh sifat Tuhan atau sekurang-kurangnya tiga belas sifat itu berupa persepakatan ulama Ahlissunnah wal-Jamaah sebagai kunci mengenal Allah; sifat-sifat Allah dan nama-namaNya tidak terkira, tetapi yang wajib diketahui sekurang-kurangnya demikian. Tentang penggunaan istilah-istilah seperti jauhar dan ’arad itu adalah perbincangan untuk membantu dalam mengenali sifat-sifatNya supaya jelas dan tidak terkeliru dengan sifat-sifat makhluk. Sifat-sifat itu bukannya diambil daripada luar, ia berdasarkan Quran, Sunnah dan ijma’ di kalangan ulama.
Kalau sekarang mungkin boleh dimasukkan perbincangan berkenaan dengan teori quantum dan yang sepertinya, atau ditambahkan huraian dengan mengambil kira pengetahuan sains seperti yang dilakukan oleh Prof Osman Bakar; atau kita boleh ambil kira pendekatan Said Nursi sebagaimana yang didapati dalam tulisan-tulisannya (misalnya ’Words’nya antara lainnya). Pokoknya kita kembali kepada perbincangan tentang sifat-sifatNya sebagaimana yang ada dalam Ahlissunnah wal-jamaah dan bukan membahagi-bahagikannya seperti yang dilakukan oleh golongan Wahabiyyah yang membawa kepada tafsiran bahawa orang Islam hanya bertauhid rububiyyah, halal darahnya, hartanya, sama seperti penyembah berhala. (Dalam Ahlissunnah rububiyyah itu bersekali dengan uluhiyyah, sebab itu bila kita beribadat kita menyeru Tuhan sebagai ‘Rabbana’ bukan hanya ‘Ilahana’, seperti dalam Fatihah dan doa di hujung surah al-Baqarah).
15. Tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan tauhid asma’ wassifat oleh ibn Taimiyyah.
Tidak ada sandaran dari Qur’an, Sunnah, ijma’, dan ulama Salaf. Ia pendapat peribadi ibn Taimiyyah. Adakah patut ada pihak menyatakan bahawa sifat-sifat Tuhan sebagaimana yang ada dalam ajaran Imam Ash’ari dan Maturidi itu bid’ah, walhal sifat-sifat itu ada dalam Qur’an dan Sunnah dan diijma’kan. Kalau mereka mengajarkan tauhid yang dibahagikan kepada tiga itu dan tidak menyesatkan golongan Ash’ari dan Maturidi serta mengakui kebenaran mereka, itu tidak menjadi masalah sangat. Tetapi bila mereka membid’ahkan, dan setengahnya mengkafirkan, golongan Ash’ari dan Maturidi, [dan dengan itu ulama Dunia Melayu sebab semuanya mengikut aliran ini, itu menjadi masalah yang paling besar]. Dan kerangka tauhid seperti ini boleh menjadi motivasi terbesar bagi keganasan dan budaya anti-establishment. Maka perlu diusahakan supaya pengajaran tauhid dikembalikan kepada cara asal dalam Ahlissunnah wal-Jamaah dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam pengetahuan masakini.
  1. ‘Track record’ dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah, bagaimana ia menganggap ulil amr kerajaan itu sebagai ‘tidak Islam’ dan seterusnya
  2. Bagaimana ia menentang dan memberontak walhal tidak ada mazhab Ahlissunnah yang membolehkan yang demikian itu.
  3. Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang berperang dengan golongan yang tidak bersetuju dengan mereka. Mereka senang menghalalkan darah dan harta orang lain, sebagaimana yang jelas dalam sejarah, dan ajaran mereka.
  4. Maka perlu diawasi supaya ia tidak berkembang kepada rakyat Malaysia
  5. Penyebarannya mesti disekat, melainkan dalam kalangan mereka yang asalnya bermazhab demilkian. Wallahu a’lam.
Kesimpulan
Jelas bahawa ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, pada beberapa perkara asasi, dari segi aqidah dan syariatnya serta akhlak dan ajaran rohaniahnya tidak mengikut ajaran Ahlissunnah wal-Jama’ah. Pemahaman tauhidnya yang tidak mengikut arus perdana Ahlissunnah dengan pembahagian tauhidnya kepada tiga, yang membawa kepada menyamakan Orang Islam dengan penyembah berhala, dan hukum yang berikutnya, huraiannya tentang syahadah, sikapnya menentang aliran Imam Ash’ari dengan terang-terang, konsepnya tentang taklid dan bid‘ah (termasuk yang menganggap bahawa ilmu kalam adalah bid’ah yang sesat atau kufur), sikapnya yang negatif terhadap ulul-amri sebagaimana yang jelas berhubungan dengan khilafah Uthmaniah, sikapnya menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang negatif, peringanan ijma’, demikian seterusnya memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan sama sekali daripada Ahlissunnah. Sudah tentu ini bercanggah sekali dengan apa yang menjadi pegangan di negeri ini.
Sayangnya golongan ini sedang mencanangkan bahawa merekalah adalah yang Ahlissunnah sebenarnya dan golongan lain tidak Ahlissunnah. Mereka adalah saudara-saudara kita yang membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita. Cara berfikir dan sikap sedemikian perlu jangan dibiarkan berkembang di kalangan Muslimin Malaysia. Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Mawardi rh dalam ‘al-Ahkam al-Sultaniyyah’ ulil amri negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya ajaran dan amalan Ahlissunnah waljamaah disemarakkan dan tidak terganggu. Wallahu a’lam.

Nota akhir:
[1] Untuk pembentangan dalam usrah bulanan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 8 Dis. 2009 di Cyberjaya.
[2]     Penulis ialah Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC)
[3] Dar al-Fikr al-‘Arabi, tanpa tarikh: hal. 212ff.
[4] Maktabah al-Imam Ahmad, 1989,hal 275
[5] Hlm. 275
[6] ’Tarikh Najdin’ oleh Husain ibn Ghannam, ed.Dr Nasir al-Din al-Asad, dar al-Shuruq, 1985, hal. 243, 244.
[7] Hadith
(تعالى يبعث ريحا من اليمن ألين من الحرير فلا تدع أحدا فى قلبه مثقال حبة ان الله من ايمان الا قبضته)
Sesungguhnya Allah akan membangkitkan angin dari Yaman yang lebih lembut daripada sutera, maka [semua akan mati dan] tidak meninggalkan seorangpun yang ada dalam kalbunya iman sebesar biji sawi, melainkan dimatikannya orang itu.(Un tuk huraiannya lihat ‘Sharah Muslim’ oleh Imam al-Nawawi, jld 2.132. Manusia yang ada selepas inilah yang menyembah berhala itu, bukan sebagaimana yang ditafsirkan oleh golongan Wahabiah itu.
[8] ’Unwan al-Majdi’ oleh ibn Bishr, jilid I: 323 hamish).
[9]  Ijma’ dalam Ahlissunnah bahawa ulil-amri tidak boleh ditentang kecuali bila zahir kufur yang nyata padanya.
[10]  op. Cit. hal.212 dst
[11]   ibid.hal.212.
[12]   ibid.hal.214.
[13] hal 119,(penerbit Dar al-Hadith tanpa tarikh)
[14] Ibid.hal.517.
[15] Ibid.hal.517
[16]  berhubung dengan ayat yang berkenaan.
[17] ’Kitab al-Tauhid’hal.499.
[18] Kitab ‘Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’I Madhhabin Mu’ayyanin…’muka surat 55.,
[19] Jilid 1 hal.209.
[20] http://www.sunna.info/books/albani_sunna_9 as retrieved on 5 Dec 2005 14:03:26 GMT.
[21] Hadith sahih, diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Abu Nu’aim dalam ma’rifah, al-Mundhiri (targhib:1: 473-474, Haitami dan Tabarani dalam Kabir: (9:17-18) dan Saghir (1: 184/201-202) dari anak saudara ’Uthman ibn Hunaif, Abu Imama ibn Sahl ibn Hunaif
[22] http://www.sunna.info/Tawassul.htm#37
[23] http://www.sunna.info/Tawassul.htm#37
[24] Tauhid asma’ wassifat ini pula membawa kepada mereka menafsirkan ayat-ayat dan hadis-hadis mutasyabihat secara literal mengikut makna zahir sahaja, yang membawa kepada fahaman mujassimah dan menyerupakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk, walhal ini dilarang dari zaman salaf lagi. Imam Syafie menyebut tidak ada sesuatu yang menyerupai Tuhan yang menjadikan alam (hlm 14 ‘al-Fiqhul-Akbar’, keluaran al-‘Amirah al-Sharqiyyah, Kahirah, 1324, dicetak bersekali dengan ‘al-Fiqh al-Akbar’ oleh Imam Abu Hanifah ), Ia tiada had batasan dan akhir kesudahan (ibid.hlm 15), Ia bukan jisim, jaihar atau ‘arad (ibid.hlm.15), Ia tidak ada rupa-bentuk dan bukan tersusun daripada bahagian-bahagian (seperti benda dalam fisik (ibid. hlm.16), tidak ada ‘tempat‘ bagiNya [maka Ia bukan ‘duduk’ atas Arasy] (ibid.17), diikuti dengan sifat Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat dan seterusnya. Imam Abu Hanifah dalam ‘al-Fiqhul-Akbar’nya menyebut Tuhan bukan jisim, bukan jauhar, bukan arad, tak ada had batasan, tidak ada yang sepertiNya, Muka, Tangan dan Nafsi (Diri)Nya diterima ‘bila kaifa’ tanpa menghuraikannya bagaimana. Dalam Ahlissunnah ada dua sikap tentang Ayat-ayat mutasyabihat: (a) tafwid menyerahkan kepada Tuhan hakikat ertinya tanpa kita menta’wilkannya, (b) jika sukar difahami dan takut tergelincir ke dalam pengertian yang salah maka dita’wil mengikut ulama yang dipercayai benar ilmunya mengikut apa yang layak dalam bahasa Arab, sebab dalam bahasa Arab ada hakikah, ada majaz. Kitab klasik tentang perkara ini ialah ‘al-Asal fit-Taqdis’ oleh Fakhr al-Din al-Razi, dan antara teks baharu yang bermanafaat ialah kitab ‘Kash al-Iftirayat fi Risalah al-Tanbihat Haul Safwah al-Tafsir’ oleh Muhammad Ali al-Sabuni. Dar al-Sabuni 1988.
[25] Al-‘Ankabut:65. Tidak ada ulama tafsir dalam Ahlissunnah yang memberi penafsiran demikian.
[26] Dalam kitab ‘Majmu’ah al-Tauhid’ oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, terbitan Maktabah al-Riyad al-Hadithah, berdasarkan teks Kahirah 1375. Ini agaknya teks yang tidak sempat di‘edit’ kembali oleh golongan ini yang terkenal dengan usaha demikian.
**************
Nota – kami mohon maaf atas tanda kurungan dalam teks arab yang tidak berapa betul kerana kesukaran untuk editnya