Pages

Saturday, March 19, 2011

Korban bencana Jepun hampiri 7,200

2011/03/19

TOKYO: Agensi polis Jepun menyatakan hampir 7,200 terbunuh manakala lebih 10,900 hilang selepas gempa bumi dan tsunami minggu lalu.

Seminggu selepas bencana yang melanda bahagian timur laut Jepun itu, Agensi Polis Kebangsaan menyatakan 7,197 orang terbunuh manakala 10,905 hilang.
Sebilang mereka yang dilaporkan hilang mungkin berada di luar kawasan itu ketika bencana melanda manakala kuasa tsunami pula mungkin menyedut ramai mangsa ke laut.
Berdasarkan insiden tsunami di Lautan Hindi pada 2004, kebanyakan mayat magsa terbabit tidak akan ditemui. - AP 

Lelaki Jepun ditemui selamat selepas 8 hari gempa, tsunami

2011/03/19

TOKYO: Seorang lelaki dikeluarkan dari runtuhan bangunan selepas lapan hari gempa bumi kuat dan tsunami melanda Jepun. 

Lelaki berusia 20an itu dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap apabila ditemui di Kesennuma, Miyagi, satu daripada wilayah yang teruk dilanda gempa bumi bermagnitud 9.0 itu.
Mangsa ditemui sehari selepas pihak berkuasa berkata mereka menamatkan fasa operasi selepas gempa bumi dan akan memberi tumpuan kepada pembersihan runtuhan.
Tidak diketahui bagaimana lelaki terbabit dapat terus hidup di kawasan yang mengalami penurunan suhu sehingga di bawah paras beku semalam. 

Kira-kira 7,000 orang sudah disahkan terbunuh manakala 10,700 yang lain dilaporkan hilang dalam bencana itu. - Reuters 

Pesawat ditembak jatuh di Benghazi

2011/03/19

BENGHAZI, Libya: Sebuah pesawat ditembak jatuh di bandaraya di timur Libya yang dikuasai pemberontak. 

Wartawan Associated Press melihat pesawat berkenaan terhempas di luar Benghazi awal hari ini selepas kawasan berkenaan dibedil.
Kerajaan Muammar Gaddafi mengisytihar gencatan senjata semalam dalam usaha mengelak campur tangan tentera negara Barat.
Namun, pihak pemberontak berkata tembakan meriam berterusan selepas perisytiharan itu dan menuduh pemimpin Libya itu berbohong. - AP 

Jepun kesan radioaktif dalam susu, bayam

2011/03/19

OSAKA: Pihak berkuasa Jepun mengesan tahap luar biasa radioaktif dalam susu dan bayam di kawasan berhampiran loji nuklear yang terjejas tetapi menyatakan bahan makanan berkenaan tidak memberi ancaman segera kepada manusia. 

Jurucakap kerajaan, Yukio Edano, berkata susu tercemar itu ditemui di Fukushima di mana terletaknya loji tenaga nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami minggu lalu manakala bayam terbabit pula ditemui di Ibaraki. - AFP

Tentera Gaddafi mara ke Benghazi

2011/03/19

BENGHAZI, Libya: Tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, mara ke bandaraya yang dikuasai pemberontak, Benghazi, tanpa mengendahkan gesaan dunia supaya gencatan senjata segera diadakan dan memaksa pemberontak berundur.

Kemaraan ke bandaraya dengan 670,000 penduduk itu dilihat sebagai tindakan mendahului campur tangan tentera Barat yang menurut diplomat hanya akan berlaku selepas mesyuarat antarabangsa di Paris mulai 1300 GMT (9 malam waktu Malaysia).
Jurucakap pemberontak Libya berkata, tentera Gaddafi sudah memasuki Benghazi manakala saksi Reuters melihat sebuah pesawat berlegar di ruang udara bandaraya itu sebelum ditembak jatuh dan sekurang-kurangnya satu letupan kedengaran berhampiran ibu pejabat pemberontak.
“Mereka sudah memasuki Benghazi dari arah Barat. Dimanakah kuasa Barat? Mereka berkata boleh menyerang dalam masa beberapa jam saja," kata jurucakap tentera pemberontak, Khalid al-Sayeh.

Gaddafi menegaskan kuasa Barat tidak berhak mencampuri urusan dalaman Libya. - Reuters 

Libya tutup ruang angkasa

BENGHAZI: Libya semalam menutup ruang angkasanya ketika Britain dan Perancis dijangka mengerah pesawat penggempur menyerang tentera Muammar Gaddafi.
Eurocontrol, agensi trafic udara Eropah berkata, Libya mengumumkan penutupan ruang angkasanya itu hingga diberitahu kelak.

Anak Gaddafi, Seif al-Islam berkata, keluarganya tidak gentar dengan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi mengingatkan, serangan yang akan menyebabkan orang awam terbunuh.

Sementara itu, Kementerian Luar Libya berkata, ia sudah bersedia mengadakan gencatan senjata dengan pemberontak tetapi mahu membincangkan syaratnya. - Reuters

PBB benar serang Libya

TRIPOLI/NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam meluluskan serangan yang diketuai oleh Barat terhadap tentera Muammar Gaddafi.
Keputusan itu dibuat selepas s pemimpin Libya itu berikrar untuk menyerang pemberontak tanpa ‘belas kasihan dan kumpulan penentng merayu bantuan ketenteraan. Sumber Perancis berkata, serangan boleh dilakukan dalam masa beberapa jam selepas ketetapan itu diluluskan dan melibatkan Perancis, Britain, Amerika Syarikat dan satu atau lebih negara Arab.

Bagaimanapun, seorang pegawai Amerika berkata, tidak ada tindakan serta-merta daripada negara itu dijangka diambil.

Sepuluh daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong serangan itu sementara Russia, China dan Jerman adalah antara lima negara yang berkecuali.

Ketetapan itu ditaja bersama oleh Perancis, Britain, Lubnan dan Amerika Syarikat.

Qatar berkata, ia mungkin mengambil bahagian tetapi ia tidak jelas sama ada ia bermaksud bantuan ketenteraan sementara Denmark berkata, ia merancang menyumbang pesawat pejuang.

Penduduk di Misrata berkata, bandar yang dikuasai pemberontak itu dibom oleh tentera Gaddafi awal pagi semalam.

“Mereka mengebom apa saja, rumah dan pusat bandar,” kata pemberontak, Saadoun, kepada Reuters menerusi telefon.
“Kami percaya mereka mahu memasuki bandar raya ini dengan apa cara sekali pun sebelum masyarakat antarabangsa meluluskan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kami merayu masyarakat antarabangsa supaya bertindak sebelum terlambat. Mereka mesti bertindak sekarang,” katanya.

Seorang lagi penentang, Mohammed berkata, kereta kebal tentera Gaddafi sudahpun mula menghala ke pusat bandar Misrata.

“Seluruh penduduk Misrata berusaha mempertahankan bandar ini,” katanya.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, empat orang terbunuh dan 70 cedera.

Jurucakap kerajaan pula berkata, operasi tentera perlu diselesaikan semalam.

Masa juga semakin suntuk bagi penduduk Benghazi, bandar raya di timur negara itu yang menjadi pusat revolusi Libya sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, tentera Gaddafi tidak memenuhi ancaman untuk menguasai pangkalan pemberontak itu kelmarin selepas berada kira-kira 100 kilometer di timur bandar itu.

“Kami akan datang. Rumah ke rumah, bilik ke bilik,” kata Gaddafi sebelum ini. Beliau memberi amaran kepada penduduk bandar itu bahawa mereka yang meletakkan senjata sebelum tenteranya mara saja tidak akan diserang.

“Ia sudah berakhir, Keputusan sudah diambil. Kami akan datang. Kami akan memburu anda hingga ke dalam almari,” katanya. - Reuters.
mymetro

Warga tua dibiar mati

TOKYO: Warga tua Jepun terbiar menanti ajal di hospital dan pusat jagaan yang rosak akibat tsunami ekoran bencana nuklear dan nilai kemanusiaan yang semakin merosot.
Dengan jumlah kematian rasmi mencecah 6,911, anggota tentera menemui 128 pesara ditinggalkan kakitangan perubatan di sebuah hospital di Iwaki kira-kira enam batu dari loji nuklear Fukushima.

Kebanyakan pesakit yang ditinggalkan itu berada dalam keadaan koma dan 14 daripadanya mati sejurus selepas dipindahkan ke pusat kecemasan di gimnasium berhampiran.

Seramai 11 lagi pesara dilaporkan maut di pusat jagaan di Kesenumma enam hari selepas 47 penghuni pusat itu terbunuh dalam kejadian tsunami.

Jumlah kematian dijangka meningkat dengan 10,700 mangsa dilaporkan hilang - tetapi pentadbir tempatan mendakwa angka sebenar adalah beberapa kali jumlah itu selepas seluruh bandar dihanyutkan tsunami.

Ratusan ribu mangsa hilang tempat tinggal dengan lebih daripada 400,000 berjuang untuk meneruskan hidup di pusat perlindungan tanpa bekalan elektrik dan hanya sedikit makanan atau air. Jepun mempunyai bilangan warga tua yang tinggi dan kebanyakan daripada mereka kini berjuang untuk meneruskan hidup di pusat perlindungan tanpa pemanas atau bekalan elektrik, manakala bekalan makanan serta ubat-ubatan semakin berkurangan. - DM

6,911 disahkan terbunuh

TOKYO: Agensi Polis Kebangsaan Jepun semalam berkata, seramai 6,911 disahkan terbunuh akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu Jumaat lalu.
Dalam pada itu, jumlah mereka yang hilang meningkat kepada 10,700 orang berbanding kelmarin.

Sebahagian mereka yang hilang mungkin tidak berada di wilayah itu ketika bencana menimpa. Pada masa sama, kekuatan tsunami mungkin menghanyutkan ramai penduduk ke laut dan jika Tsunami Lautan Hindi boleh dijadikan panduan, kebanyakan mayat itu tidak akan ditemui. - AP

Pelan timbus loji nuklear

KEADAAN sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima yang rosak.

TOKYO: Jurutera Jepun semalam mengaku menimbuskan loji nuklear dengan pasir dan konkrit mungkin menjadi jalan terakhir untuk menghalang bencana kebocoran radiasi.
Ia sama dengan cara yang digunakan untuk menutup kebocoran loji nuklear Russia di Chernobyl pada 1986.

Bagaimanapun, mereka masih menaruh harapan untuk menyelesaikan krisis itu dengan memasang kabel tenaga pada sekurang-kurangnya dua reaktor untuk memulakan semula pengepaman air bagi menyejukkan rod bahan api nuklear yang mencapai tahap kepanasan melampau.

Petugas juga menyimbah air pada reaktor ketiga, yang paling kritikal di antara enam reaktor di loji nuklear Fukushima itu.

Ini kali pertama syarikat pengendali loji berkenaan mengaku menimbus keseluruhan kompleks loji itu mungkin menjadi satu pilihan.

Ia menggambarkan tindakan sementara seperti mencurah air dari udara dengan mengguna helikopter atau melancarkan semula pam penyejuk mungkin tidak akan berjaya.

“Bukan sesuatu yang mustahil untuk menimbus reaktor itu dalam konkrit. “Tetap keutamaan kami ketika ini ialah cuba menyejukkannya terlebih dulu,” kata seorang pegawai syarikat Tokyo Electric Power pada satu sidang akhbar. Ketika Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 magnitud dan tsunami setingi 10 meter yang memusnahkan bandar pesisir pantai serta meragut ribuan nyawa, krisis nuklear paling buruk dunia selepas Chernobyl masih belum dapat diatasi.

Jutaan penduduk di Tokyo masih bekerja dari rumah kerana bimbang terkena zarah radioaktif dari loji di Fukushima yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara negara itu.
Tahap radiasi yang dicatatkan di loji itu tidak memberi ancaman serta-merta kepada kesihatan manusia,” kata Michael O’Leary, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China. - AFP

Betapa berat mata memandang berat lagi orang yang menanggung

BANJIR disebabkan tsunami melanda Iwaki, Wilayah Fukushima,  Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini - Foto AP

PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kenderaan yang dihanyutkan banjir tsunami di Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud, hari ini. - Foto AP

PENGUNJUNG kedai buku berlindung di sebalik siling yang runtuh akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Sendai, Jepun, hari ini. - Foto Reuters

BANGUNAN yang terbakar akibat gempa bumi yang melanda daerah Odaiba, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto Reuters

PEGAWAI polis berlari mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul ke luar bangunan pusat kewangan Tokyo akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini.

PAPARAN video dari NHK TV Jepun menunjukkan kapal yang musnah akibat dihanyutkan tsunami di pelabuhan Bandar Hanchinohe, Wilayah Aomori, Jepun hari ini. - Foto AFP

SISA tanah runtuh menyekat laluan jalanraya di Bandar Iwaki akibat tsunami disebabkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto Reuters

TEMBOK runtuh menghempap kenderaan di tempat letak kereta di Bandar Mito, Wilayah Ibaraki, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini. - Foto AFP

TANGKI menyimpan gas asli terbakar di Wilayah Chiba, Tokyo, Jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda hari ini. - Foto Reuters

RUMAH yang dihanyutkan tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun, hari ini. - Foto Reuters

PENUMPANG keretapi menunggu di luar Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo selepas dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda negara itu, hari ini. - Foto AP

PETUGAS Stesen Keretapi Shinagawa, Tokyo membersihkan lantai yang kotor akibat gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang melanda Jepun hari ini. - Foto AP

PANDANGAN udara memperlihatkan keadaan tsunami yang melanda Lapangan Terbang Sendai, Jepun selepas gempa bumi berukuran 8.9 magnitud melanda, hari ini - Foto Reuters

ORANG ramai melihat gelombang bencana tsunami yang melanda Pelabuhan Kesennuma di Miyagi Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto

PANDANGAN udara kemusnahan disebabkan tsunami akibat gempa bumi yang melanda Hitachinaka, Ibaraki Prefecture, Jepun, hari ini. - Foto AFP

GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun, semalam. - Foto AP

PETA tenaga oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan anggaran kekuatan tsunami di Kepulauan Pasifik berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda timur laut Jepun semalam. - Foto REUTERS

ANTARA mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan gelombang tsunami di utara Jepun semalam melihat kerosakan yang berlaku pada rumah mereka dan sekitarnya. - Foto REUTERS

MANGSA yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami dibawa anggota penyelamat menggunakan helikopter keluar dari kediaman mereka di utara Jepun hari ini. - Foto REUTERS

WANITA ini menangis kegembiraan selepas mengetahui ibunya terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami di utara Jepun, semalam. - Foto REUTERS

DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP

MUATAN kontena bertaburan dan rosak teruk selepas dihempas gelombang tsunami terburuk dalam sejarah Jepun berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter melanda Sendai, semalam. - Foto AP

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP

MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS

KERETAPI dan kenderaan antara yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang turut menyebabkan Tsunami di Jepun, - REUTERS

INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1  yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat,  Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini.  - Foto  Reuters/TEPCO

KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters

GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo

BEGINILAH keadaan di Arahama, di Bandaraya Sendai, Jepun yang dirakam satelit GeoEye sebelum (atas) dan selepas (bawah) kejadian gempa 8.9 magnitud yang mencetuskan tsunami , Jumaat lalu. Bandar pesisir pantai itu kelihatan pasir bersih yang memutih dengan deretan bangunan dan kediaman tetapi selepas tsunami ia ibarat 'padang jarak padang tekukur'. - Foto AP

LETUPAN kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, hari ini. Punca kejadian dipercayai disebabkan tekanan hidrogen. - Foto AFP/NHK

DUA lelaki lari menyelamatkan diri dalam kejadian tsunami berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda Sendai, Jepun, baru-baru ini. - Foto AP

PENDUDUK tempatan menyelamatkan diri dengan pergi ke tempat tinggi selepas amaran tsunami terbaru dikeluarkan di Higashimatsuyshima, Miyagi hari ini. - Foto AP

KERJASAMA...Penduduk tempatan dan kakitangan perbandaran bersama-sama membawa keluar barangan bantuan dan keperluan dari helikopter untuk diagihkan kepada yang memerlukan di Onagawa, Miyagi, hari ini. - Foto AFP

KEADAAN loji nuklear No 1 dan No 3 Daiichi Fukushima yang masih terbakar dan mengeluarkan asap selepas meletup semalam. - Foto DIGITAL GLOBE/REUTERS

SEORANG bayi diperiksa tahap pendedahannya terhadap radiasi di Nihonmatsu, Fukushima hari ini berikutan tragedi letupan  loji nuklear no 3 di Daiichi Fukushima, semalam. - Foto AP/Kyodo

ANGGOTA penyelamat Korea Selatan bersama polis Jepun membawa keluar mayat mangsa tsunami yang ditemui di Sendai, semalam. - Foto AFP

PELBAGAI barang keperluan habis dijual sebagai persediaan penduduk menghadapi sebarang bencana di Moriyama, Jepun, semalam.

ANGGOTA pertahanan Jepun memakai topeng sebagai persediaan menghadapi kesan pencemaran radiasi di Nihonmatsu, Fukushima. - Foto REUTERS

LALUAN dari Sendai ke Fukushima ditutup hanya dilalui trak tentera, polis dan penyelamat saja. - Foto Sairien Nafis

SEBILANGAN mangsa terselamat di pusat perlindungan di Minamisanriku, melakukan senaman. - Foto AP

MANGSA tsunami, gempa mengambil  hidangan tengah hari  di pusat perlindungan   Ofunato, Iwate. - Foto AP

NEGATIF RADIASI... Kakitangan perubatan memeriksa tahap pendedahan radiasi pada warga tempatan yang tiba di pusat perlindungan awam bandar Hitachi, Ibaraki, hari ini selepas dibawa keluar dari lingkungan 20km dari loji nuklear Daiichi Fukushima. - Foto REUTERS/Asahi Shimbun

PASUKAN Pertahanan Jepun membuat persediaan bagi operasi gempa bumi dan tsunami di Natori. - Foto Sairien Nafis

PASUKAN Pertahanan Jepun membuat persediaan bagi operasi gempa bumi dan tsunami di Lapangan Terbang Sendai. - Foto Sairien Nafis

DALAM kesejukan suhu -1 darjah celcius peniaga mengambil kesempatan menjual bunga hidup sebagai tanda simpati kepada mangsa gempa bumi dan tsunami sambil memaparkan keratan akhbar kejadian tersebut untuk menarik orang ramai di bandaraya Sendai. - Foto Sairien Nafis

BERATUS penduduk tempatan beratur untuk membeli minyak untuk kenderaan mereka dan keperluan lain di stesen minyak di Sendai, semalam. Senario ini menjadi rutin harian penduduk di sini selepas kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda utara Jepun, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis

DUA warga Jepun ini memeriksa senarai nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi yang ditampal pada papan kenyataan di Dewan Majlis Perbandaran Natori sebagai usaha mencari ahli keluarga yang hilang dalam kejadian gempa bumi dan tsunami, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis

SEORANG mangsa tsunami tidak dapat menahan sedih di hadapan runtuhan kediaman yang turut mengorbankan ibunya di Onagawa, Jepun, semalam. - Foto AP

USAHA...Kenji Sugawara menggantung foto isterinya yang masih hilang pada badannya ketika menjalankan operasi mencari di bandar Otsuchi, Iwate, semalam. - Foto AFP

HELIKOPTER tentera melepaskan air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Fukushima Daiichi, semalam. - Foto REUTERS

KEMUSNAHAN bandar  Minamisanrikucho, yang dilanda gempa dan tsunami minggu lalu. - Foto AP

MANGSA gempa dan tsunami tidak dapat menahan kesedihan selepas mayat ibunya ditemui di bawah runtuhan di Onagawa, Miyagi. - Foto REUTERS

sumber asal