Pages

Wednesday, March 5, 2014

Bill Gates paling kaya


Washington: Bill Gates kembali ke kedudukan teratas senarai tahunan orang paling kaya di dunia yang dikeluarkan majalah Forbes, semalam.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat majalah berkenaan, dengan nilai bersih hartanya yang berjumlah AS$76 bilion (RM 249.5 bilion), pengasas Microsoft itu kembali menduduki tangga teratas senarai selepas empat tahun berada di belakang jutawan komunikasi Mexico, Carlos Slim Helu.


Amanico Ortega dari Sepanyol yang menjadi pengasas konglomerat pakaian, termasuk rangkaian fesyen jenama Zara, berada di kedudukan ketiga dengan kekayaan berjumlah AS$ 64 bilion (RM 210.1 bilion).

Ikon pelaburan Warren Buffet yang menguruskan Berkshire Hathaway Inc dan sering menjadi rakan kongsi Gates, berada di tempat keempat dengan harta AS$ 58.2 bilion (RM 191.1 bilion) manakala pengarah Oracle Corp di tempat kelima dengan AS$ 48 bilion (RM157 bilion).


Gates menduduki tempat pertama sebanyak 15 kali dalam tempoh 20 tahun.


Sementara itu, senarai bilionair Forbes meningkat daripada 1,426 orang tahun lalu kepada 1,645 dengan taksiran kekayaan bernilai kira-kira AS$6.4 trilion (RM21 trilion).

Senarai terbaru itu juga menyaksikan 10 peratus daripada mereka wanita 172 orang berbanding 138 tahun sebelumnya.

Pewaris Wal-Mart Stores Christy Walton menduduki tangga teratas dalam senarai wanita dan tangga ke sembilan secara keseluruhan dengan jumlah kekayaan AS$ 36.7 bilion (RM 120.5 bilion).

Warga Perancis Liliane Bettencourt yang kebanyakan kekayaannya datang daripada syarikat kosmetik L’Oreal menduduki tangga kedua senarai wanita dan ke-11 keseluruhan dengan harta berjumlah RM113.2 bilion.

Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin berada di kedudukan 17 dan 19 dengan kekayaan RM106 bilion dan RM104 bilion manakala pemilik Amazon.com Jeff Bezos di antara mereka dengan harta RM105 bilion.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 29, menggandakan kekayaannya kepada RM93.5 bilion berada di tangga ke-21.

Bekas Datuk Bandar New York yang bersara dua bulan lalu, Michael Bloomberg berada di tangga ke-16 dengan RM108.3 bilion yang datang dari hasil syarikat media miliknya.

Mengikut Forbes, kekayaan jutawan Brazil, Eike Batista jatuh lebih AS$300 juta (RM985.2) daripada RM34.8 bilion menjadikannya orang yang mengalami kerugian paling teruk tahun ini.

Ia berlaku apabila empayar industri minyak dan sumber semula jadinya runtuh akibat hutang dan pengeluaran yang merudum.

Secara kasarnya, dua per tiga daripada bilionair dunia atau 1,080 orang menjadi kaya menerusi hasil usaha mereka sendiri.

Amerika Syarikat mencatatkan senarai paling ramai bilionair dengan 492 diikuti China, 152 dan Russia, 111.

Algeria, Lithuania, Tanzania dan Uganda masing-masing mempunyai seorang bilionair. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Pendaki Everest perlu kutip sampah

5 Mac 2014Pendaki Everest perlu kutip sampah
KATHMANDU - NEPAL. Pendaki Gunung Everest kini diwajibkan membawa turun sekurang-kurangnya 8 kilogram sampah sebagai usaha kerajaan Nepal untuk membersihkan kawasan puncak tertinggi dunia itu.

Menurut jurucakap Kementerian Pelancongan, Madhusudan Burlakotti, ia merupakan salah satu daripada peraturan terbaharu dikenakan terhadap pendaki di kawasan pergunungan Himalaya itu dan akan berkuat kuasa bermula bulan hadapan.

Difahamkan, tindakan undang-undang sama ada denda atau penalti akan dikenakan terhadap pendaki yang gagal mematuhi peraturan tersebut dalam laporan AFP.

Budak agih RM8,730 kepada rakan


Riyadh: Seorang bapa memberi anak lelakinya SR10,000 (RM8,730) kerana berkelakuan baik di sekolah namun budak itu terus mengagihkannya kepada rakan sekelas di sebuah sekolah di Dammam pada keesokannya.

Akhbar Sabq melaporkan murid kelas itu berebut mendapatkan wang itu sehingga seorang guru datang merampasnya.


“Guru itu sangsi melihat kejadian lalu menghubungi bapa kanak-kanak terbabit yang mengakui memberi anaknya wang berkenaan pada malam sebelumnya.



“Bapa murid itu meminta guru berkenaan menyimpan wang itu dan dia akan datang mengambilnya.


“Dia sendiri terkejut kerana tidak menyangka anaknya membawa wang berkenaan ke sekolah,” kata laporan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Air terjun Niagara beku


Aliran air di lokasi itu selalunya mampu menahan suhu sejuk ekstrem yang melanda kawasan berkenaan. Bagaimanapun, semalam, air terjun itu beku selepas suhu sejuk mencecah -24 selsius. Keindahan pemandangan itu berjaya dirakamkan jurugambar yang berada di situ.

Cuaca dijangka terus kekal sejuk untuk beberapa hari lagi. Ini bererti air terjun berkenaan mungkin terus beku buat sementara waktu.
Januari lalu, cuaca sejuk ekstrem turut mengakibatkan pusaran kutub menyebabkan air terjun berkenaan beku. - Agensi
Foto
SEORANG lelaki berjalan di Niagara Falls yang beku akibat cuaca ekstrem.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/05

Pesta baling bedak di Santa Cruz de La Palma


SEKUMPULAN orang membaling bedak talkum di Santa Cruz De La Palma, Kepulauan Canary kelmarin.



BEBERAPA orang memakai pakaian berwarna putih semasa mereka menyertai pesta itu.


SANTA CRUZ DE LA PALMA, Sepanyol - Sejumlah orang mengambil bahagian dalam karnival membaling bedak talkum di sini kelmarin.
Dalam pesta itu, mereka saling membaling bedak talkum di antara satu sama lain.
Badan sebahagian orang yang menyertai pesta tersebut dipenuhi dengan bedak yang berwarna putih.
Pesta itu diadakan bagi memperingati kepulangan imigran dari benua Amerika ke Kepulauan Canary. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2v2UhaCm8 
Hakcipta terpelihara 

Bill Gates rampas status individu terkaya dunia 2014


NEW YORK 4 Mac - Pengasas Microsoft, Bill Gates merampas kembali kedudukan sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan AS$76 bilion (RM249.28 bilion), meningkat berbanding AS$72 bilion (RM236.16 bilion) tahun lalu, menurut senarai bilionair 2014 majalah Forbes.
Prestasi nilai saham Microsoft yang memberangsangkan sejak beberapa bulan lalu menjadi faktor utama yang membantu Gates berada di kedudukan itu, sekali gus membuatkan beliau menjadi individu terkaya di dunia untuk kali ke-15 sejak 20 tahun lalu.
Beliau merampas kedudukan Carlos Slim yang kini berada di tempat kedua, dengan jumlah aset AS$72 bilion (RM236.16 bilion), selepas kekayaannya merosot daripada AS$73 bilion (RM239.44 bilion) tahun lalu.
Hal itu berpunca akibat kemerosotan 50 peratus nilai saham syarikat perlombongannya sejak setahun lalu.
Individu ketiga terkaya ialah pemilik rangkaian gedung pakaian Zara, Amancio Ortega dengan kekayaan AS$64 bilion (RM209.92 bilion).
Pada 2012, Ortega yang merupakan rakyat Sepanyol hanya mempunyai nilai kekayaan AS$37.5 bilion (RM123 bilion), tetapi berjaya meningkatkan nilainya setelah menyertai sektor hartanah secara aktif.
Selain Gates, senarai individu terkaya dunia dari kedudukan keempat hingga ke-10 didominasi oleh ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS).
Tempat keempat diduduki Warren Buffett dengan kekayaan AS$58.2 bilion (RM190.89 bilion), diikuti Larry Ellison AS$48 bilion (RM157.44 bilion), Charles Koch AS$40 bilion (RM131.2 bilion), David Koch AS$40 bilion (RM131.2 bilion), Sheldon Adelson AS$38 bilion (RM124.64 bilion), Christy Walton AS$36.7 bilion (RM120.37 bilion) dan Jim Walton AS$34.7 bilion (RM113.81 bilion).
Antara individu ternama yang turut tersenarai ialah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan nilai aset AS$28.5 bilion (RM93.48 bilion) di kedudukan ke-21, pemilik kelab bola sepak Arsenal, Stanley Kroenke AS$5.6 bilion (RM18.36 bilion) di tempat ke-253, dan pemilik gedung pakaian mewah Prada, Miuccia Prada AS$11.1 bilion (RM36.4 bilion) ke-102.
Orang paling kaya tertua ialah David Rockefeller, 98, dengan jumlah kekayaan AS$2.9 bilion (RM9.51 bilion), manakala yang paling muda ialah Perenna Kei, 24, dari Hong Kong, dengan kekayaan AS$1.3 bilion (RM4.26 bilion) yang mewarisi dan menyertai perniagaan bapanya, Ji Haipeng iaitu Pengerusi syarikat hartanah tersenarai di Hong Kong, Logan Property Holdings. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140305/lu_11/Bill-Gates-rampas-status-individu-terkaya-dunia-2014#ixzz2v2AOl4Cv
© Utusan Melayu (M) Bhd