Pages

Thursday, June 26, 2014

Polis Indonesia guna Lamborghini?


Kereta berkenaan yang dihiasi dengan lambang polis Indonesia ialah Lamborghini Gallardo dan Aventador mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengunjung sama ada polis negara itu juga akan mengikuti jejak polis Dubai dalam menggunakan kereta semewah itu untuk menjalankan tugas.

Lamborghini Gallardo itu berwarna kelabu gelap dengan tulisan ‘Polisi’ di bonet depannya.
Kepercayaan bahawa polis Indonesia akan menggunakan kereta itu semakin kuat apabila siren juga terpasang di atasnya.

Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.

Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis.
Foto
LAMBORGHINI yang dikatakan milik polis Jakarta.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

Remaja berjaya selfie dengan Ratu Elizabeth



Agensi
SURGENOR nekad meluru secara tiba-tiba di depan Ratu Elizabeth dan rombongannya semata-mata mahu merakam gambar selfie.


BELFAST - Seorang remaja Ireland, Jack Surgenor, 14, telah bertindak di luar dugaan apabila meluru ke arah Ratu Elizabeth semata-mata mahu merakamkan gambar selfie dirinya bersama pemerintah Britain itu yang melakukan lawatan rasmi ke Ireland utara selama tiga hari.
Kejadian berlaku sewaktu rombongan diraja itu berada di pasar tertutup St George di sini untuk sesi lawatan.
Gambar selfie Surgenor itu kemudian telah didedahkan oleh rancangan televisyen, ITV News.
Melalui satu rakaman pendek yang disiarkan, Ratu Elizabeth kelihatan sedikit terkejut apabila secara tiba-tiba seorang remaja lelaki melompat keluar daripada kelompok orang ramai semata-mata mahu merakam gambar selfie.
Gambar selfie bersama pemerintah Britain itu kemudian telah tersebar dengan meluas dalam laman sosial.
Dalam lawatan itu, Ratu Elizabeth turut melawat ke set studio sewaktu penggambaran filem Titanic. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz35hHEGPip 
Hakcipta terpelihara 

Bentuk stadium Piala Dunia 2022 didedahkan



AGENSI
LAKARAN reka bentuk Stadium Al Bayt di Qatar yang disinari lampu-lampu pada waktu malam didedahkan kepada umum.


DOHA - Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin.
Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di negara tersebut.
Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar.
Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan dan restoran.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi untuk Persediaan dan Legasi, Hassan Al Thawadi berkata, menjelang akhir tahun ini, Qatar akan memulakan pembinaan sebanyak lima buah stadium sebagai membuktikan komitmen dalam menganjurkan Piala Dunia terbaik pada 2022.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan peraturan penganjur bagi Kejohanan Piala Dunia perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah stadium dan satu daripadanya mampu memuatkan 80,000 penonton untuk perlawanan akhir. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz35hGpJ4kg 
Hakcipta terpelihara 

Rokok lebih bahaya


WASHINGTON 25 Jun - Sebuah pertubuhan amal Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, syarikat tembakau di seluruh dunia menggunakan taktik kotor sejak 50 tahun lalu untuk menjadikan rokok lebih berbahaya sekali gus mengundang ketagihan kepada golongan muda.
Laporan yang dikeluarkan oleh Kempen untuk Kanak-Kanak Bebas Tembakau menyebut, rokok yang dihasilkan pada hari ini turut mengundang risiko penyakit yang lebih teruk termasuk kanser paru-paru berbanding produk sama yang dijual pada 1964.
Mail Online yang memetik laporan berkenaan menyatakan, syarikat rokok menggunakan bahan yang menyebabkan ketagihan kepada nikotin sehingga menggalakkan peningkatan perokok baharu dalam kalangan remaja.
"Syarikat tembakau juga meningkatkan jumlah nikotin selain menambah ammonia yang boleh mempercepatkan kesan nikotin sampai ke otak selain ke paru-paru dan jantung.
"Taktik kotor lain yang digunakan termasuk menambah gula yang boleh meningkatkan kadar ketagihan kesan nikotin," jelas laporan yang bertajuk Designed for Addiction (Dicipta untuk Ketagihan).
Selain itu, laporan terbabit mendakwa, perubahan rasa dan bau rokok yang dilakukan syarikat tembakau, menyebabkan ramai orang mula atau meneruskan menghisap rokok.
Tambahnya, syarikat berkenaan juga menjadikan asap rokok lebih dengan menambah asid levulinic.
"Semua perubahan itu jelas menunjukkan rokok pada masa kini dijadikan produk yang memberi kesan ketagihan tinggi kepada perokok.
"Kebanyakan perokok baharu mula ketagih pada usia kanak-kanak dan syarikat tembakau sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi menjalankan kajian mencipta rokok baharu yang diubahsuai bagi meluaskan pasaran mereka walaupun tindakan itu mengundang lebih banyak risiko," jelas laporan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140626/lu_10/Rokok-lebih-bahaya#ixzz35h9ZOyqc
© Utusan Melayu (M) Bhd