Pages

Sunday, September 25, 2016

Saudi sediakan 25,000 
bas percuma bawa pelajar


25 September 2016 12:12 AM

Arab Saudi menyediakan 25,000 bas sekolah percuma untuk mengangkut


Arab Saudi menyediakan 25,000 bas sekolah percuma untuk mengangkut 1.2 juta pelajar. Agensi
RIYADH 24 Sept. – Kementerian Pendidikan Arab Saudi menawarkan kira-kira 25,000 bas sekolah secara percuma untuk membawa lebih 1.2 juta pelajar sekolah di negara ini sebagai penyele­saian kepada rungutan ibu bapa bagi mengelak golongan itu ke­tinggalan dalam pelajaran.
Masalah itu timbul apabila perkhidmatan pengangkutan sekolah terhenti pada awal tahun selepas pihak yang dilantik Syarikat Pembangunan Pengangkutan Pendidikan (ETDC) tidak mampu melaksanakan tugas yang dise­rahkan.
Berikutan itu, ramai pelajar terpaksa ponteng sekolah ekoran kekurangan pengangkutan dan ketidakmampuan ibu bapa untuk membayar pemandu peribadi bagi membawa anak masing-masing ke sekolah.
Menurut laporan portal Arab News, perkhidmatan baharu itu bakal menyaksikan pengangkutan berkenaan berulang-alik sebanyak 13 juta kali sepanjang tahun ini dan dikendalikan oleh 28,000 pemandu.
ETDC yang mempunyai lebih 230 kakitangan termasuk penyelia bagi memastikan kualiti perkhidmatan, turut melancarkan talian hotline percuma untuk sebarang pertanyaan, cadangan atau maklum balas yang membina berhubung perkhidmatan pengangkutan sekolah yang ditawarkan kepada pelajar.
Masalah pengangkutan yang berlaku menyebabkan lebih 4,500 pelajar tidak mempunyai kenderaan ke sekolah tahun ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/saudi-sediakan-25-000-8232-bas-percuma-bawa-pelajar-1.386817#sthash.eLMzKHSx.dpuf

No comments: